Dua termasuk seorang wanita patah kaki manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, jatuh dari tingkat lapan, <br /><br />Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.52 malam Jumaat.
